Thursday, February 24, 2011

PENEMUAN SAINS MEMBENARKAN AL-QURAN

Penemuan-penemuan semasa perlu dimanfaatkan bagi mengukuhkan kefahaman berhubung dengan suatu ayat sekali gus menampakkan keunggulan al-Quran…

Banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains yg baru di fahami hari ini..

1- Teori Pengembangan Alam

Firman ALLAH SWT :

''Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.."

az-Dzariyat : 47

as-Syeikh Said Hawa dlm al-Asas fit Tafsir berkata:"maksud ayat ini adalah langit Allah jadikan dalam keadaan berterusan dan mengembang secara berterusan. Ia juga bermaksud langit diluaskan oleh Allah swt. Ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam.."

Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika,Edwin Hubble dengan menggunakan alat yang canggih mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang. Semakin jauh sesebuah galaksi dari bumi semakin cepat proses pengembangannya. Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan berhubung teori pengembangan alam. Dua kumpulan yang terdiri daripada saintis pada peringkat antarabangsa membuat kajian dengan menggunakan teleskop Hubble(Nasa's Hubble Space Telescope) dan mengesahkan kebenaran teori ini.

2- Relevan Pengharaman Babi

Firman ALLAH SWT :

''Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi.."

al-Baqarah : 173

Teori1

Babi adalah binatang yg amat merbahaya. Dalam Journal Of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yangg diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Kajian mereka menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yg mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan utk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel dalam babi. Pendapat ini dikukuhkan oleh Dr.Virginia Hinshaw, dekan Graduate School Universiti Wisconsin-Madison yang berkata, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi ialah takungan yg mampu mengubah virus flu kepada bentuk itu.

54 comments:

  1. 'me' dunno more how to comment bout this things, haha~ tp bg aku nie senang d baca n d fahami~ ^.~V

    ReplyDelete
  2. trima kasih...:)
    betapa indahnya al quran kan,byk manfaat di dlmnya...

    ReplyDelete
  3. those information are crucial since it seems like pple don't really care about it anymore. u highlighted the RIGHT thing, dear. dpt ilmu, dpt pahala :)

    ReplyDelete
  4. trima kasih khairunnabuhah...
    ilmu yg sgt2 berguna buat kita...walaupun ada kalangan yg xpercaya, tp ianya adalah hakikat yg telah tertulis di dlm al quran...:)

    ReplyDelete
  5. Al-Quran menjadi sumber utama kepada sains.. Tidak ada yang lebih utama untuk menjadi panduan kita melainkan Al-Quran

    ReplyDelete
  6. mashaAllah...
    apa yg kita terapkn dlm kehidupan seharian jg terkandung dlm al quran..
    betapa istimewanya mukjizat ni buat kita semua..
    trima ksih di atas perkongsian yg amat bermkna ni..
    utk hari ini, kita dpt 1 ilmu berkenaan sains dlm al quran..:)

    ReplyDelete
  7. subhanallah..betapa sebenarnya ilmu sains hanya sekelumit dari ilmu Allah...dan sungguh, ilmu manusia itu terbatas..ilmu Allah ini ibarat lautan yang tidak bertepi. Mengetahui rahsia Allah ibarat meletakkan anak jari di lautan , air yang melekat di jari itulah sedikit rahsia yang manusia tahu tentang kebesaran Allah dan penciptaanNYA..

    Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
    "Katakan (Muhammad): Kalaulah lautan itu diumpamakan sebagai dakwat untuk menulis kalimat TUHANku, sudah pasti lautan itu akan kering sebelum sempat menghabiskan catatan kalimat TUHANku walaupun engkau membawa dakwat umpama lautan itu berulang kali.."(surah al-kahfi: 109)

    ReplyDelete
  8. erm...info yg bguna tuk suma..al-Quran mengandungi sgala2nya...thanx kerana bkongsi ilmu nie...nice..;)

    ReplyDelete
  9. mmg satu info yg berguna.siapa cakap ilmu sains & al-quran perlu dipisahkan???sebenarnya kedua2nya bergerak seiringan.bkn asing2.

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg bguna...sumanya dah termaktub dlm al-Quran..ambil iktibar n pengajarn...al-Quran merupakan sumber rujukn yg utama...thanx info nie...;)

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar!!!
    Sungguh agong ciptaan Allah...
    Semoga dgn menjadikan AL-QURAN sebagai panduan kita sentiasa berada di jalan yg lurus....
    Kajian ini mmg memberi kesedaran kepada kita semua bhwa Islam itu indah..Apa yg dilarang ada hikmahnya...

    Sama-sama lah kita bersyukurdgn apa yg kita ada skrg...

    "Selamat Beramal"

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana share info nie...kalo ada info yg seperti ini lg,sila lah share lg..ramai lg manusia d dunia ini masih mempertikaikan pharaman babi n ada segelintir d antara mereka yg langsung x ambil kisah ttg perkara nie..sesungguhnya al-Quran adlh sumber rujukn yg tiada tolak bandingn...

    SubhanAllah...

    ReplyDelete
  13. thanks 4 the info eiei...it shows how Allah knows everything like His knowledege was huge like the sea compare to us only one drop of it...but still ada jg yg makan BENDA tu kan? haha and still byk lg penemuan bru akn dtg yg berkaitan dgn Al-Quran yg suda lama d beritahu dan lebih awal d jumpai kalo kita menghayati dan memahami isi kandungannya..semoga kita tergolong dlm golongan tersebut...amin

    ReplyDelete
  14. SubhanaAllah..Al-quran i2 benar2 mukjizat yg agung.. rugilah manusia yg xpernah memikirkn kbenaran dsebalik ayat2nya yg brkait dgn dunia yg kta diami.. trutamanya ttg penciptaan alam yg terang2 dmiliki oleh suatu zat yg sgt besar dn sukar ditandingi.. alhamdulillah,jzk ats prkongsian.. =)

    ReplyDelete
  15. ya...syukran lakum..
    dr sni pun, kta dpt bayangkan betapa indahnya al quran krn semuanya melibatkan hidup kita, apa yg diseru utk lakukan, apa yg ditegah drp lakukan, semuanya terkndung dlm al quran...

    inshaAllah, utk akan dtg, sy akan share lg... & sekiranya ada info lain utk dikongsikan, amat di alu2kan utk share...

    sama2 lah beramal dgn al quran..betapa ruginya kita sekiranya meninggalkn al quran tnpa mengetahui apa yg ada di dlmnya...:)

    ReplyDelete
  16. Satu info yg sgt kuat utk melawan hujah org2 yg maseh menganggap babi itu selamat di makan apb dimasak dgn suhu tinggi...
    Sadaqallahhuladzim...Benarlah ayat-ayat Allah.Al-Quran ini kitab Allah,dan Dialah yg mencipta segala makhluk maka Dia Maha Mengetahui mana yg haram atau halal...simple things to understand.

    ReplyDelete
  17. Subhanallah.. penemuan-penemuan Sains seperti ini yang membuktikan kebenaran Mukjizat ayat al-Quran dan as-Sunnah..Kita menjadi kagum dengan kebesaran dan keagungan Allah Ta'ala.. terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh kita agar merenungi ciptaanNya..Antaranya dlm Surah Ali Imran: 190-191

    ان في خلق السموت والأرض واختلاف الليل والنهار لايت لأولى الألباب. الذين يذكرون الله قيامل وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السموت والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحنك فقنا عذاب النار

    Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

    Mudah-mudahan, dengan kesedaran ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kpd Allah dan sentiasa diberi petunjuk oleh-Nya.. :)

    ReplyDelete
  18. thanx eiei for this info..semoga ilmu ini dpt d manfaatkan oleh kta semua..segala-galanya sudah tercatat d dlm Al-Quran..=)

    ReplyDelete
  19. really good entry, please share more about islam eiei=) insyaallah i'll follow your blog frequently.

    ReplyDelete
  20. Good entry..share byk lg mengenai info2 mcmni..;) really like this. slh satu cara kita b'dakwah utk membuka mata hati manusia yg buta mengenai kebenaran kitab Allah..

    ReplyDelete
  21. subhanallah...bsar sungguh makna AQ..moga sama2 kta dpt mnfaat..gud job ei2..=)

    ReplyDelete
  22. Al Quran is the best indicator of life...it has explained everything before people understand the real situation...as Allah mentioned in Surah Az-Zumar, Ayat 23:

    "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."

    ReplyDelete
  23. entry yang sangat berguna... sebenarnya.. byk lg yg kite belum explore ayat2 Allah mengenai sains... sedangkan Allah memberikan kita akal untuk berfikir.. semoga kita sentiasa dalam redhaNya.. amin...

    ReplyDelete
  24. syabas! penemuan sains bertepatan dgn al-quran

    ReplyDelete
  25. al fatihin: ya....al quran adalah pelangkap hidup kta yg mana, di dlmnya terkandung apa yang baik utk kta, dan apa yg xbaik utk kita...moga dgn perkongsian ini, ada yg membuka minda utk memikirkan tntg sains dlm al quran...:)
    trima ksih atas komennya...

    ummi: inshaAllah....akn ada d antara segolongan manusia yang sedar akan kebenaran al quran..betapa perkongsian ini amat berguna & cukup utk dijdikan hujah bg mereka yg tidak mempercayai akan kebenarannya...

    adidas: na'am.semua sudah tercatat dlm al quran bhwasanya ianya juga terkandung ilmu2 sains yg diterapkan dlm kehidupan kita...:)
    syukran atas komen yg diberi..:)

    Aizat: inshaAllah...akan dtg kita akan saling berkongsi entry yg sgt berguna spt ini...:)

    suhailah: betullah kata orang, dakwah itu boleh dilakukan di mana2.. cuma kita harus menggunakan media yg ada ini, utk slh satunya jalan kita berdakwah...
    trima kasih atas komen yang diberikan..:)

    lynn: inshaAllah..moga sma2 kita mengamalkan al quran yg byk manfaatnya..:)

    mahmudah: trima kasih atas perkongsian dalil itu...:)
    melalui al quran, kta dpt membuka mata betapa besarnya fadhilat al quran kpd kita...bukan hanya mengandungi kisah2 para nabi, haiwan dan lain2 tetapi juga mengandungi ilmu2 sains yg sedia ada kita gunakan dlm kehidupan kita..
    jadi, sma2 lah kita menggunakan petunjuk dprNYA ini...:)

    gadis: ameen... moga kita semuanya sentiasa berada dlm redhaNYA...:)
    begitula al quran.. yang mana ianya mengandungi pelbagai perkara yang kadang2 tidak terlintas d fikiran kita...cthnya, ilmu sains ini slh 1 nya...tidak semua manusia di Bumi ini yang percaya bhwsanya sains merupakan ilmu drp Allah juga...:)

    ReplyDelete
  26. Kebesaran Allah S.W.T dan ada hikmahnya mengapa kita diharamkan memakan Babi, satu artikel yang bagus, perlu ada ulasan dan kesimpulan tersendiri, overall artikel yang bagus..:)

    ReplyDelete
  27. mashaAllah... perkongsian yang amat + sangat bermakna... syukran..

    ReplyDelete
  28. mohd annas: syukaran ats komen yg diberikn..
    ada juga diselitkn ulasan & kesimpulan...
    begitulah, byk manfaatnya sebuah al quran ni...:)

    aisyah: subhanAllah..amat2 berguna buat kita kan..:)

    ReplyDelete
  29. hanya orang yang berilmu dapat memahami ilmu2 itu....
    andai dibeitahu kepada yang yang jahil,,,,
    pastinya,hanya cacian dan makian yang 'DIHADIAHKAN' dari mereka

    ReplyDelete
  30. perkongsian yg amat berguna.. ISLAM s syumul !

    ReplyDelete
  31. nur An nisa: inshaAllah, Allah pasti akan menolong jalan dakwah kita...
    mrk dgn fahaman mrk, akan ttapi, kita boleh berkongsi mengenai ini kpd mrk...:)

    saidatul akmal: ya, TEPAT skali...Islam itu syumul,mengandungi byk perkara...termsukla benda yg halal & haram bg kita...:)

    ReplyDelete
  32. MasyaAllah..1perkongsian yang sangat menarik..sesungguhnya Al-Quran mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya kepada kita..semoga kita tidak meluoainya sehingga akhir zaman..insyaAllah...

    ReplyDelete
  33. insyaAllah...
    moga al quran tetap mnjadi pegangan hidup kta hingga ke akhirnya...

    ReplyDelete
  34. Maklumat berguna.. Al-Quran itu lengkap tentang segala-galanya..
    umat Islam seharusnya membuat lebih byk kajian..

    ReplyDelete
  35. cantik tajuk ni....
    byk lagi kajian al-quran tntng sains..
    try tgk buku DR danial zainal ei...:)

    ReplyDelete
  36. sharing is caring..maklumat yg ringkas tapi padat dan berguna..setiap benda yg berkaitan dengan sains ternyata dan jelas ada pada Quran.

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  38. subhanaallah2,betapa lengkapnya al-quran!!..hanya kita yg perlu mencedok kembli sgala ilmu yg tkandung di dlmnya..satu pkongsian yg bmanafaat n mbuka mata individu yg mbacanya(^_^)

    ReplyDelete
  39. masyAllah..JELAS bahawa sebarang penemuan dalam sains sebenarnya sudah termaktub dalam Al-Quran...

    ReplyDelete
  40. subhanaallah al-quran adlh selengkap2nya rujukn...tjuk yg sngt baik u dikaji ei...trus kn...

    ReplyDelete
  41. subhanAllah..hakikatnya,penemuan2 sains masa kini sbenarnya sda lama dsebut dlm al-Quran..

    ReplyDelete
  42. hakikatnya semua kembali merujuk kpd AQ & Sunnah..tp msh ramai manusia d luar sana yg menyangkal kebenaran ini..

    ReplyDelete
  43. Rasulullah SAW bersabda : "Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah Al Qur'an dan sunnah Rasulullah SAW". (HR. Muslim)

    ReplyDelete
  44. Sesungguhnya Al-Quran dan sains itu tidak dapat dipisahkan..:)

    ReplyDelete
  45. Al-Quran begitu lengkap dan syumul. Bergantung kepada kita untuk menkajinya dengan lebih mendalam. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang memanfaatkan Al-Quran.

    ReplyDelete
  46. Alhamdulillah..sebagaimana yang kita ketahui sebelum ini,al-Quran merupakan mukjizat yang diturunkan oleh Allah kepada umat islam seluruhnya.Al-Quran adalah syumul yang mana apa2 yang akan berlaku pada masa 100 tahun akan datang tlah disebutkan di dalam al-quran sebelum pengkajian dilakukan oleh manusia.Seperti contoh yang saudari bawakan di atas berkenaan dengan pengharaman babi yang mana setiap apa yang telah ditentukan hukumnya di dalam al-quran mempunyai sebab2nya yang trsendiri..disini jelas lah kpd kita bahawa al-Quran merupakan mukjizat yang tidak dapat ditandingi dan ditiru oleh manusia walau sepotong ayat..subhanallah.

    ReplyDelete
  47. sesungguhnya ALLAH itu pencipta alam ini dan mengetahui setiap inci baik buruk prihal stiap ciptaaNYA.. jika ajaran yang disampaikan oleh rasulNYA adalah dusta, kenapa ia di buktikan oleh ilmuan dn cendikiawan selepas 1400++ tahun telah berlalunya penuruann al quran trhadapa Rasullullah s.w.t. akal logik bole menerimany jika kita mmbenarkn ati kita mnerimany,

    ReplyDelete
  48. Rasulullah menganjurkan kita sebagai umatnya agar membaca dan memahami al-Quran. Sabda Nabi:
    1. "Sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
    2. "Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran"
    3. "Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran"

    Oleh itu, marilah kita membaca, memahami dan mengamalkan isi al-Quran yakni Kalamullah s.w.t...wallahu 'alam..

    ReplyDelete
  49. sains membantu kita lebih menyakini akan kewujudan tuhan yang MAHA ESA dan MAHA BIJAKSANA

    ReplyDelete
  50. satu artikel yg menarik dan bagus...thanks atas perkongsian ilmiah ini..n hrp dpt diteruskan lg.

    ReplyDelete
  51. artikel yang sangat menarik...moga2 kita di kalangan orang yg memahami dan menghayati isi al-Quran al-Karim..

    ReplyDelete
  52. alhamdulillah..entri yg sgt bermanfaat.
    barakallahulaki.jemput dtg ke blog sy:)

    ReplyDelete