Thursday, February 24, 2011

AL-QURAN PENAWAR SEGALA PENYAKIT

AL-QURAN sebagaimana yang kita tahu, merupakan sebuah mukjizat yang diturunkan Allah SWT kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dalam kehidupan dunia dan akhirat. Al-Quran juga diguna sebagai penawar dalam perubatan Islam. Perubatan Al-Quran ini telah dicuba di Tanah Suci Arab untuk mengubati berbagai jenis penyakit barah di antaranya barah payu dara, barah rahim, barah paru-paru dan sebagainya. Al-Quran juga merupakan penawar bagi segala penyakit. Telah terbukti tentang faedah dan fadhilat Al-Quran dalam perubatan Islam. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 82:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً {82}

. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Contohnya Mengubati Mata Rabun

MENGUBATI MATA DAN MENGUATKAN PANDANGAN

Hendaklah membaca di belakang ibu jari:

فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ {surah al-Qaaf:22}

Ertinya: Maka kami bukakan tabir yang menutupi engkau sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam.

Perlu dibaca sebanyak tujuh kali. Setiap bacaan hendaklah diselang dengan selawat ke atas Rasulullah SAW. Kemudian dihembus pada kedua ibu jari, lalu disapukan kedua jari tersebut ke atas mata. Dengan izin Allah penyakit mata akan segera pulih dan mata akan menjadi lebih terang.

~Wallahua’lam~

54 comments:

  1. slm..bgus,mklmt tmbhn ttg mukjizat2 al-Quran yg ptut dsebarkn kpd umum sbg panduan yg bguna dlm khidupan seharian..

    ReplyDelete
  2. syukran..perkongsian yang amat berguna..doa yang patut sntiasa diamalkan, insya Allah, amat baik untuk diamalkan bagi yang mmpunyai masalah penglihatan, dan juga moga2 Allah pelihara pandangan kita daripada melihat yang haram..

    ReplyDelete
  3. waa...pengisian yg baik...

    p/s: surah apa ya?..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    satu perkongsian yang amat menarik! dalam kesibukan manusia mencari tips2 dan ubat2 buatan, manusia lupa akan as-syifa' yang sudah lama diturunkan kepada umat manusia keseluruhannya..teruskan usaha! :)

    ReplyDelete
  5. waaa....ko sda try ei?ok x?;p

    ReplyDelete
  6. MasyaAllah..1perkongsian yang menarik..Betapa nikmatnya membaca al-Qur’an kalau kita faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab…"

    ReplyDelete
  7. Al-Quran merupakan kitab teragung..Al-Quran juga adalah panduan kehidupan kita dan merupakan salah satu rukun iman yang wajib kita imani...bagi mereka yang mengikut dan memahami isi al-quran akan berbahagialah hidup di dunia dan di akhirat...

    ReplyDelete
  8. artikel yang cukup bermanfaat..menyedarkan kita kepentingan dan kebesaran Al-Quran...Al Qur’an adalah obat yang berfungsi untuk mengobati hati manusia yang sedang sakit dan menghidupkan yang telah mati...

    ReplyDelete
  9. Al Quran memang menjadi media penyejuk kalbu, penawar duka, peraup pahala. Meskipun kita hanya membacanya (tanpa paham artinya), hati terasa damai oleh untaian kata dan kalimatnya yang indah. Apalagi jika diresapi dan dipahami makna yang terkandung di dalamnya.

    ReplyDelete
  10. Al-Quran adalah pedoman hidup bagi umat muslim..jd semuanya sdh ada di situ..

    ReplyDelete
  11. Daripada merasa gelisah saja. Baca kitab membuat kita selalu merasa dekat dengan Allah SWT. Tenang, damai dan bahagia.

    ReplyDelete
  12. Islam meletakkan asas penting bagi
    umatnya agar sentiasa mendampingi al-Quran dalam
    kehidupan.
    Bagi merawat diri daripada musibah, Islam menyediakan
    penawar antaranya:
    # Menghayati kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya dengan
    melihat perjalanan alam dan fenomena yang berlaku.
    # Sentiasa memperhatikan al-Quran dan sunnah dengan
    mengamalkannya dalam kehidupan.
    # Mencontohi Rasulullah saw ketika menghadapi ujian
    ketika menyebarkan seruan dakwah.
    # Melihat sesuatu perkara dan kejadian yang berlaku
    dengan mata hati dan berlapang dada.
    # Sentiasa memohon kepada Allah dan bertawakal
    kepada-Nya.
    # Mengingati musibah yang berlaku dan mengulangi
    istirja.

    ReplyDelete
  13. jadikan al-Quran sebagai penenang jiwa..Umat Islam diingatkan supaya kembali kepada Al-Quran untuk menyelesaikan masalah khususnya yang berkaitan dengan penyakit beraitan dengan jiwa.

    ReplyDelete
  14. itulah kebesaran dan keagungan al-Quran..ia dpt dijadikan penawar dan penenang jiwa..pengubat segala resah dan keresahan...artikel ini mengingatkan kita tentang betapa istimewanya al-Quran..

    ReplyDelete
  15. membaca al-Quran bukan saja menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

    ReplyDelete
  16. dalil kehebatan dan keistimewaan al-Quran..
    “Kalau sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.” (Surah al-Hasyr: ayat 21)

    ReplyDelete
  17. Al-Quran sebagai sebuah kitab agung orang Islam dan panduan yang paling benar kepada umat manusia...

    ReplyDelete
  18. Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman." [Surah Fussilat: 44]. Yakin dan berimanlah kepada Allah swt yang Maha Segala Maha yang menurunkan Al-Quran. Rasulullah saw sendiri pun pernah bersabda, "Sebaik-baik ubat itu ialah Al-Quran." dan "Tidak tertolaklah qada' kecuali dengan berdoa.

    ReplyDelete
  19. perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

    ReplyDelete
  20. Rasulullah menganjurkan kita sebagai umatnya agar membaca dan memahami al-Quran. Sabda Nabi:
    1. "Sebaik-baik manusia ialah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
    2. "Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca al-Quran"
    3. "Terangilah rumahmu dengan solat dan membaca al-Quran"

    Oleh itu, marilah kita membaca, memahami dan mengamalkan isi al-Quran yakni Kalamullah s.w.t...wallahu 'alam..

    ReplyDelete
  21. artikel yang menyedarkan kita betapa istimewanya Al-Quran disisi kita..setiap penyakit ada penawarnya...asal saja jangan putus asa untuk mencarinya...

    ReplyDelete
  22. inilah keajaiban dan kebesaran al-Quran...betapa al-Quran itu satu mukjizat yang sangat istimewa kepada sesiapa yang menghayatinya..

    ReplyDelete
  23. al-Quran mengandungi berbagai ilmu yang dapat menyelamatkan umat manusia dalam menjalani kehidupan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  24. Oleh itu kita patutlah meneliti & mempelajari dlm kegunaan ayat2 al_quran utk rawatan sebarang penyakit…

    ReplyDelete
  25. Dalam aspek perubatan & rawatan berbagai penyakit banyak terdapat dalam al-Quran seperti barah, sakit gigi,doa-doa utk tolak bala,kebahagian,keselamatan dan byk lg..

    ReplyDelete
  26. Ayat2 yg paling baik adalah ayat2 dari kitab suci al-quran al-Karim..

    ReplyDelete
  27. surah-surah dalam al-Quran terdapat byk kelebihan dan fadhilatnya yg tidak terdapat dalam kitab yg lain...

    ReplyDelete
  28. mukjizat yg tak terhingga...kekal hingga akhir zaman...yg x luput ditelan zaman...

    ReplyDelete
  29. namun hanya Allah jualah tempat kita mngadu & memohon pertolongan.Dialah sebaik-baik pembantu & penolong. semoga Allah meredhai usaha kita..amiiiinnnn....

    ReplyDelete
  30. jangan kita lupa memohon pertolongan dariNya...kerana dialah penyembuhnya...kita hanya berusaha...

    ReplyDelete
  31. setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya.

    ReplyDelete
  32. Al-Quran sebagai penawar, penyembuh dan pelindung kepada orang-orang mukmin. Bagi mereka yang mengamalkan dengan istiqamah dan menurut tertibnya. InsyaAllah is memberi hikmah yang besar didalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  33. Keserasian isi dan tajuk adalah relevan disamping penggunaan bahasa yang jelas, ringkas serta padat bagi memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan.

    ReplyDelete
  34. Mukjizat al-Quran..

    ReplyDelete
  35. AQ sgt bnyk rahsia n khasiatnya yg tdak kta ketahui..btapa bsarnya kuasa Tuhan...

    ReplyDelete
  36. sgt luar biasa hebat

    ReplyDelete
  37. SubhanAllah,al-Quran mmg penuh dgn keajaibannya..

    ReplyDelete
  38. InsyaAllah,, dalam i'jAz Al-Quran sendiri.. banyak sumber kita dapat tahu.setiap kalimahnya, SubhanAllah...begitu menusuk jiwa.. Banyak rahsia sebenarnya al-Quran

    ReplyDelete
  39. Al Quran juga mengandungi banya fungsi. Al Quran membenarkan kitab2 yang diturunkan sebelumnya. Ia juga membetulkan apa yang salah (yang ditambah oleh manusia) yang terdapat di dalam kitab2 sebelumnya seperti kitab injeel dan taurat (al Maaidah 48)

    ReplyDelete
  40. Allah pencipta yg maha HEBAT

    ReplyDelete
  41. Al-Quran dtg dr ALLAH jd sudh pasti smpurna n musthil jk ada kslhn.sgla tnda2 yg tlh ALLAh critakn dlm AQ mmbntu mngukuhkn lg keimnn jg ktQwaan pdNYA.AQ kitab yg bnr..jd brpgg tguhla pd kitab wahyu ALLAh ini..bc+fhm+hyti+hfl+amal=bhgia dunia akhirt :)

    ReplyDelete
  42. Al-Quran kitab syumul

    ReplyDelete
  43. Al Quran kitab yg plg hebat..mustahil akn ada ksalahan..allah yg mncptanya.

    ReplyDelete
  44. Al-Quran merupakan kitab teragung..Al-Quran juga adalah panduan kehidupan kita dan merupakan salah satu rukun iman yang wajib kita imani...bagi mereka yang mengikut dan memahami isi al-quran akan berbahagialah hidup di dunia dan di akhirat...

    ReplyDelete
  45. Subhanallah....Hebat Al-Quran, hebat lagi Penciptanya...

    ReplyDelete
  46. keajaiban AL Quran yang tidak terdapat dmna2 pun Subahanallah.

    ReplyDelete
  47. Bacaan al-Quran memberi kesan kepada pemvbaca malah kepada pendengar

    ReplyDelete
  48. keajaiban al-Quran bukan sahaja terkandung pada maknanya malah ketelitian susun atur ayatnya mengalahkan pakar bahasa dan penyair yang masyhur pada zaman Rasulullah S.A.W..Pernah dicuba untuk ditandingi namun tiada hasilnya sehingga kini.

    ReplyDelete
  49. Alhamdulillah..Allah kurniakan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dan Ummtnya.Al-Quran...Engkaulah penawar dan penenang jiwa kami..

    ReplyDelete
  50. Sudah jelas bahawa keajaiban penciptaan manusia atau keajaiban lain yang ditunjukkan oleh al-Quran bukanlah untuk dikagumi sahaja oleh manusia. Ianya adalah untuk dijadikan petunjuk bagi manusia dan seterusnya meyakini bahawa al Quran benar...-benar datang daripada Allah. Manusia patut menginsafi kelemahan diri sendiri dan seterusnya menuruti sebarang perintah Allah tanpa sebarang
    persoalan.
    Firman Allah:

    Mengapa kamu sanggup ingkar kepada Allah, padahal kamu dahulunya tiada, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali, kemudian kepada-
    Nya-lah kamu dikembalikan? (Al Baqarah 28)

    ReplyDelete
  51. galilah dan amiklah isi kandungan alquran al kareem,,dan gunakan lah ia dlm kehidupan seharian,, god willing,,hidup kita akan terjamin..

    ReplyDelete
  52. jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan kita seharian..sesungguhnya Al-Quran adalah syumul merangkumi pelbagai aspek-aspek..

    ReplyDelete
  53. Abdul Aziz Mohamad HazemiMarch 1, 2011 at 2:40 AM

    Sememangnya kehebatan dan keagungan Al-Quran tidak dapat dinafikan lagi. Segala apa penemuan ahli sains tentang kejadian alam dan manusia sudahpun diceritakan di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu sedang ahli sains baharu sahaja menemuinya hari ini...

    ReplyDelete
  54. ajaibnya ALquran ....maka marilah kita sama2 menyelami khazanah di dalam alquran

    Dari Saidina Usman bin Affan r.a katanya, berkata Rasulullah s.a.w “Sebaik-baik kamu ialah seorang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya”
    Hadith riwayat Bukhari.

    ReplyDelete