Thursday, February 24, 2011

AL-QURAN PENAWAR SEGALA PENYAKIT

AL-QURAN sebagaimana yang kita tahu, merupakan sebuah mukjizat yang diturunkan Allah SWT kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk dalam kehidupan dunia dan akhirat. Al-Quran juga diguna sebagai penawar dalam perubatan Islam. Perubatan Al-Quran ini telah dicuba di Tanah Suci Arab untuk mengubati berbagai jenis penyakit barah di antaranya barah payu dara, barah rahim, barah paru-paru dan sebagainya. Al-Quran juga merupakan penawar bagi segala penyakit. Telah terbukti tentang faedah dan fadhilat Al-Quran dalam perubatan Islam. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 82:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَاراً {82}

. Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

Contohnya Mengubati Mata Rabun

MENGUBATI MATA DAN MENGUATKAN PANDANGAN

Hendaklah membaca di belakang ibu jari:

فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ {surah al-Qaaf:22}

Ertinya: Maka kami bukakan tabir yang menutupi engkau sebab itu pemandangan engkau di hari ini amat tajam.

Perlu dibaca sebanyak tujuh kali. Setiap bacaan hendaklah diselang dengan selawat ke atas Rasulullah SAW. Kemudian dihembus pada kedua ibu jari, lalu disapukan kedua jari tersebut ke atas mata. Dengan izin Allah penyakit mata akan segera pulih dan mata akan menjadi lebih terang.

~Wallahua’lam~

Monday, February 14, 2011

...DI HARI LAHIR KU...

setelah sekian lama tidak menampilkan diri untuk memasuki laman ini, akhirnyaaaa.....hehe

aku sangat2 bersyukur untuk hari ini..
keranaNYA, aku masih bernafas sehingga kini...ALHAMDULILLAH.... :)
Ya ALLAH, terimalah doa hamba MU yang lemah ini...
ku terima andai itu takdir...
semuanya adalah yang terbaik untuk ku...:)

hari ini,
bertambah lagi nombor usiaku..
tapi belum pasti lagi untuk esok dan akan datang...
terima kasih ya Allah...

mama & bapa,
terima kasih atas segalanya...tidak terhitung segala yang mereka berikan padaku selama ini...
sayang sangat3 mama & bapa...
bapa cakap,
"bapa doakan kamu jadi anak yang solehah cemerlang di dunia & di akhirat..."
TERIMA KASIH atas doanya pa...
nilai kasih sayang seorang ayah bukan di ukur pada kebendaan, tapi DOA untuk anaknya yang tak pernah putus...

pada pukul 3.15pm, 14 februari 1988, aku mula bernafas di luar kandungan seorang ibu...
tapi hari ini, 3.15pm, 14 februari 2011, genaplah sudah usiaku 23 tahun...
betapa cepatnya masa berlalu..mcm baru sebentar tadi ku melihat dunia..hehe
terima kasih mama, terima kasih bapa atas segala bimbingan & kasih sayang....
sayang mama, sayang bapa....;)



tepat pukul 12am, 14 februari 2011, roomates ku mengejutkan ku dari tidur sambil
"hepi besday to you....."
waaahhh...!!! beznya dapat makan kekkkk!!!hehe
lama sungguh x makan...
terima kasih wahai rumate2 ku...ehehe
sayang kamu semua...;)



15minit kemudian,
aku turun ke kafe....
dari jauh nampak kotak, kotak apa tu???
emmmmm.. [thinking]
waaahhhh.....!! kek???beznya dapat kek coklat aiskrimmmm!!hehe



memang sakan makan kek ya pada tarikh 14 februari....hehe
saya dapat 1 hadiah yang menarik daripada seorang sahabat...
terima kasih cikkk.....!! nice present! saya suka sangat...sbb dah lama nak beli, akhirnya dapat sbg hadiah dari sahabat..
terima kasih ye! ;)



saya juga dapat frame daripada seorang sahabat...
terserempak ngan dia d carrefour midvalley, terus bg present tue..muehehe
terima kasih ye...kiut tau!hehe



8 last....
ku terima semua yang terjadi dlm hidupku, walaupun kadang2 pahit untuk diterima...
mungkin ada hikmahnya di situ...:)
think +ve tu perlu walaupun orang lain x pernah untuk memikirkan kebaikan kita....

terima kasih ya Allah...
terima kasih mama & bapa...;)
terima kasih rumet2 ku, & sahabatku yang lain.....terima kasih atas segalanya...
hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kamu semua...:)

Sunday, October 10, 2010

coretan hati seorang sahabat...;)

no idea mo tulis apa....
but, aku teringatkan sesuatu yang pernah aku jalani dalam hidupku yang kini hanyalah sebagai kenanganku di masa silam....
entah kenapa kisah ini meninjau di benak fikiranku ianya membuatkan aku runsinggggg.....
eh,tapi xla runsing sangat..hehe
inginku lupakan,tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
emmm..bukan senang untuk melupakan kisah lalu, tapi apakan daya, kita xmampu untuk menghalang fikiran kita daripada memikirkannya..
sebab,
hidup kita memang dipenuhi dengan kenangan2 tidak kirala kenangan manis mahupun pahit....
neway, terima kasih sebab pernah menjadi seorang daripada sahabatku...:)
alhamdulillah,aku masih punya seorang sahabat baik lagi karib sehingga sekarang...
seseorang yang faham aku dan terima aku seadanya sebagai s
ahabatnya..
yang pernah hidup bersamaku sewaktu di zaman persekolahan..
ya Allah,Engkau jagalah hubungan persahabatan kami ini hingga ke syurga,ameen...
aku sayang dia sepertimana aku sayangkan keluargaku...
moga kamu sihat2 n ceria2 selalu walaupun kita jarang berjumpa...
aku sayang kau WANDA.....;)



Saturday, October 9, 2010

Wednesday, September 15, 2010

Suasana Hari Raya

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira..



Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa..



Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang..



Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi..



Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman..

Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri..



so,abesla mode raya...hehehe
then sterusnya,wat "bilik terbuka" pula d kolej nti...
buat semua teman, jemputla datang ke dorm D401 ya..anda dialu2kan utk datang...
banyak juadah yang disediakan..hik3
tp makanan yg kering2 jela ya...n kek sarawak!!yeayy!!;)

Tuesday, August 10, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN.....


ya Allah,
aku datang padaMU menyerah diri,
melukis kata hati,

membicara yang tersembunyi.
andai taubat itu dihujung dunia,
KAU titiskanlah ia di samudera.



andai d hujung langit,
KAU sisipkanlah di pangkal Bumi,
tiupkanlah ke dalam naluriku,
agar tangan ini terus menadah.
ku harap Ramadhan kali ini tidak roboh lagi janjiku padaMU...
salam ramadhan buat semua..




Saturday, August 7, 2010

Sebiru Hari Ini...

Sebiru hari ini,
birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita,
bersama di sini...

Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah...


Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini,
indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita,
walau kita kan terpisah...


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah...