Penemuan-penemuan semasa perlu dimanfaatkan bagi mengukuhkan kefahaman berhubung dengan suatu ayat sekali gus menampakkan keunggulan al-Quran…
Banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains yg baru di fahami hari ini..
1- Teori Pengembangan Alam
Firman ALLAH SWT :
''Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.."
az-Dzariyat : 47
as-Syeikh Said Hawa dlm al-Asas fit Tafsir berkata:"maksud ayat ini adalah langit Allah jadikan dalam keadaan berterusan dan mengembang secara berterusan. Ia juga bermaksud langit diluaskan oleh Allah swt. Ayat ini adalah mukjizat berhubung kejadian alam.."
Pada tahun 1929M, tokoh astronomi dari Amerika,Edwin Hubble dengan menggunakan alat yang canggih mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang. Semakin jauh sesebuah galaksi dari bumi semakin cepat proses pengembangannya. Pada 9 Mei 1996, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan berhubung teori pengembangan alam. Dua kumpulan yang terdiri daripada saintis pada peringkat antarabangsa membuat kajian dengan menggunakan teleskop Hubble(Nasa's Hubble Space Telescope) dan mengesahkan kebenaran teori ini.
2- Relevan Pengharaman Babi
Firman ALLAH SWT :
''Sesungguhnya Allah mengharamkan kepadamu bangkai, darah yang mengalir dan daging babi.."
al-Baqarah : 173
Babi adalah binatang yg amat merbahaya. Dalam Journal Of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yangg diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka dari Universiti Wisconsin. Kajian mereka menunjukkan pada kerongkong babi terdapat sel-sel tertentu yg mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Pakar-pakar sains menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan utk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia selepas memasuki sel-sel dalam babi. Pendapat ini dikukuhkan oleh Dr.Virginia Hinshaw, dekan Graduate School Universiti Wisconsin-Madison yang berkata, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi ialah takungan yg mampu mengubah virus flu kepada bentuk itu.